KUALA LUMPUR,2 Ogos: Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) memantapkan kedudukannya dengan tayangan umum Gong, sebuah filem bercorak adventure-thriller remaja yang akan menemui penonton mulai 24 Ogos ini.
Gong adalah hasil garapan pengarah baru, Sandosh Kesavan dan didukungi bintang remaja popular, iaitu Fasha Sandha, Jehan Miskin, Sharifah Sofia, Elyana dan Faizal Yusup.
Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah, berkata filem yang menelan belanja RM1.6juta ini mencatat sejarah peribadi buat GBSB yang pertama kali mengadakan penggambaran di luar negara, iaitu di Yogyakarta, Indonesia sepenuhnya.
Pembikinan Gong adalah satu pengalaman baru buat GBSB. Ia mencabar kami daripada pelbagai sudut, terutamanya dalam pengurusan bujet, antaranya disebabkan budaya kerja yang berbeza. Misalnya, jika di Malaysia kami minta lori tiga tan, sebuah lori tiga tan akan disediakan, sebaliknya di Indonesia, apabila lori tiga tan dimita, tiga buah lori satu tan setiap satu yang diberi."
"Lucu, tapi itulah yang terjadi," katanya dalam ucapan di majlis pra-tonton filem Gong di Cathay Cineleisure, Cineplex Damansara, petang semalam. Cathay Cineleisure bertindak sebagai penaja bagi majlis pra-tonton itu, selain Finas yang menaja hidangan petang serta kos penginapan bagi sesi jelajah negeri filem ini.
Yogyakarta menjadi pilihan kerana kota mistikal itu berupaya menyerlahkan unsur supernatural yang menguasai penceritaan Gong.
Gong berkisar pengembaraan lima penuntut Universiti, Mira, Rozan, Trisha, Ika dan Didi yang menyertai lawatan sambil belajar ke Yogyakarta. Kesenorokan mereka tidak lama apabila dalam satu kunjungan ke Musium kesenian Yogyakarta, Trisha mencuri sebuah gong purba berusia 500 tahun yang menyimpan cerita tragedi.
Di majlis pra-tonton filem Gong di Cathay Cineplex Damansara, lebih 200 penonton turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga oleh Yazer dengan hitnya, "Cinta Zaman Berzaman" selain Idayu menerusi "Paluan Rinduku" sebelum penayangan filem Gong bermula.
< MORE NEWS |